Sunday, April 14, 2013

Penangan Pak Arab Mesir

Tika diriku dan zaujahku, Nur Syafiqah ber'dating' di sebuah taman di kala malam yang sejuk mendingin, tiba-tiba hadirnya seorang pak cik arab yang berumur lingkungan 40-an. Dia pun menegur kami dan kelihatan ingin menyampaikan sebuah hajat.

Mulanya pak cik arab ini menyampaikan dalam kalimah arab, hmm memang agak sukar utk kami fahami sepenuhnya. Kemudian, pak cik ini pun tanya pada kami, boleh faham bahasa inggeris tak? Kami pun menjawab insyaAllah boleh. Maka, dia pun mula bercerita..

Pak cik arab ini mulakan dengan sebuah pertanyaan, apa pendapat kamu tentang revolusi yg sedang berlaku di Mesir? Apa pendapat kamu tentang kemenangan Mursi dan juga tentang penentangan yg berlaku terhadap Mursi dari pihak anti-Mursi. Apa pendapat kamu sebagai pelajar Malaysia tentang revolusi ini, baik atau buruk utk kamu?

Soalan yg diutarakan kalau dijawab dalam bahasa Melayu pun boleh tergeliat lidah, inikan pula nak jawab dalam bahasa inggeris. Hmm aku pun jawab je la apa yg patut. Jawapan cap ayam je..

Kemudian, pak cik arab ni pun terus menyampaikan syarahan beliau yg mengambil masa dalam 10-15 minit juga. Dalam kesejukan malam ini yang mendingin, kami mendengarnya dengan rasa penuh tanda tanya. Pelik pun ada sebab tiba-tiba pak cik ni datang entah dari mana, kemudian datang pada kami dan bercerita bagaikan pejuang haraki!

Secara ringkasnya. Ada beberapa perkara yg disampaikan..

1. Tentang revolusi mesir, kita akan berjuang habis-habisan demi Islam utk menang juga walaupun setelah secara 'official' menang tapi masih ada penentangan lagi dari pihak-pihak tertentu.

2. Pak cik arab ni menceritakan tentang kondisi di negara Turki. Walaupun Turki sudah berjaya dipegang kepimpinan Islam, namun Endorgan masih menghadapi banyak kesulitan utk bangkitkan Islam di negara tersebut. Sebab apa?

Dia beri contoh, salah satunya, sesiapa yg masuk ketenteraan, sekiranya didapati menunaikan solat, tentera ini akan disingkir dari ketenteraan. Perkara ini kalau ikutkan agak mudah utk diubah sbb Endorgan kan pemimpin Turki, patutnya peraturan dari kepimpinan lama ni patut bila-bila je boleh ubah. Tetapi sebab apa susah utk diubah. Sebab ada perjanjian dgn pihak Barat. Begitulah.

Ada lagi pak cik ni sebut pasal peraturan pemakaian hijab dan seumpamanya. Kesimpulannya, walaupun Mesir dan Turki dah dipegang kepimpinan Islam, itu tak bermakna dengan semudah itu segala peraturan lama yg ada di negara tersebut boleh diubah serta-merta. Masih banyak dugaannya terutama dari pihak Barat, rakyat dan syaitan!

3. Pak cik arab ni juga ada bercakap pasal sejarah Malaysia. Asalnya populasi Malaysia ada 80% penduduk Islam. Namun hasil dari usaha pihak Barat memasukkan cina dan india, skrg populasi penduduk Islam sudah menjadi 55%. Kiranya makin berkuranglah dari jumlah peratus asal. Risaunya bila mana populasi Islam makin sama banyak jumlahnya dengan yang bukan Islam. Malaysia juga banyak dimasukkan unsur-unsur dan agenda jahat dari pihak Barat. Apa yang pak cik ni ingin sampaikan ialah kerisauan tentang saudara Islam di Malaysia dgn serangan dari pihak Barat yg melemahkan Islam dari segenap sudut seperti sekularisme dan seumpamanya. Begitulah..

Maka, kesimpulan yg pak cik ini cuba sampaikan ialah tentang tanggungjawab kita rakyat Islam dalam menjaga agama Islam serta tanggungjawab kita terhadap revolusi yg berlaku pada negara Mesir dan juga negara Islam yang lain terutama negara kita Malaysia.

Kemudian, pak cik itu berlalu pergi dan beredar dari kami. Hmm memang rasa takjub sungguh dengan sebahagian rakyat Mesir seperti yg dipamerkan pak cik tadi. Walaupun dalam kesejukan malam, tak dibayar duit ceramah, namun sanggup menyampaikan pada kami, anak muda saudara seIslam tentang kefahaman haraki dan isu semasa yg perlu kita peka saat ini!

Itu sahaja perkongsian dari saya. Saya cuma menyampaikan amanah pak cik arab ini kerana dia mengamanahkan kami utk menyampaikan pada saudara Islam yang lain terutama pelajar Malaysia. Andai ada yg tersalah fakta, boleh betulkan. Yang baik, boleh dikongsi bersama insyaAllah.

Jazakallahukhairukum :)
 

No comments:

Post a Comment