Thursday, October 28, 2010

Rantaian Keaiban Yang Tiada Penghujungnya

Assalamualaikum wbt...

       Sesungguhnya setiap insan pasti akan diuji Ilahi bagi menilai tingkatan keimanan dan ketaqwaan kita. Sering kali kita dilema lantaran tewas di kala diuji dengan ujian yang amat pedih hinggakan merasakan hidup ini sudah tidak lagi bermakna selamanya. Maka jalan yang sering diambil insani adalah jalan merosakkan diri dan berseronok tanpa penghujungnya jua tanpa menghiraukan lagi matlamat kehidupan sebenar kita di alam yang fana' ini. Fenomena yang sering berlaku adalah apabila seseorang itu terjatuh dalam lembah kemaksiatan buat pertama kalinya lalu insan itu merasakan dirinya amat teruk dan tidak berguna. Oleh sebab itu, seringkali dia akan terus merasakan dirinya sudah berada dalam kalangan mereka yang banyak berbuat dosa, maka dia pun merasakan dirinya sudah tidak layak lagi untuk menjadi dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah. Dia pun terus berputus asa dan mengambil keputusan untuk terus bergelumang dengan kemaksiatan yang telah menghantui kehidupannya itu. Maka tekanan jua perasaan dilema bertambah dari hari ke hari hinggakan dia merasakan dia benar-benar hanya layak untuk menjadi seseorang yang amat rapuh hubungannya dengan Ilahi. Akhirnya bintik hitam di hati itu semakin bertambah dan akhirnya membuatkan hati menjadi terlalu keras dan gelap hinggakan terlalu sukar untuk disucikan kembali.

       Apa yang dapat disimpulkan ialah seseorang insan yang telah jatuh buat pertama kalinya dalam lembah kemaksiatan dan tetap terus mengulangi kemaksiatan yang sama tanpa penghujungnya seakan telah terperangkap dalam sebuah RANTAIAN KEAIBAN yang terlalu sukar untuk dileraikan selamanya. Fenomena ini sering berlaku pada umat akhir zaman ini yang sering kali berakhir dengan kematian tanpa didahulukan dengan taubat nasuha. Hanya kerana merasakan diri itu sudah terlalu banyak dosa dan tidak bisa lagi kembali dalam dakapan maghfirah Ilahi, maka diri itu terpaksa menanggung azab yang amat pedih di akhirat kelak nanti. Apakah kita lupa bahawa maghfirah jua rahmat Ilahi itu terlalu luas hinggakan Allah tidak pernah merasa jemu untuk menerima taubat hambanya. Betapa kasih dan penyayangnya Allah pada hambanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Hanya terpulang pada diri kita untuk segera kembali kepada maghfirahnya sepenuhnya. Lenturkanlah segala keegoaan kita dan mengadulah dengan linangan titisan air mata pada Ilahi dengan penuh keikhlasan tanpa perlu betangguh lagi. InsyaAllah kita akan memperoleh maghfirah yang indah jua digantikan dengan nilai hasanah yang tidak disangka-sangka banyaknya.

       Perkara yang ingin dikongsikan bersama adalah kita perlu tahu di kala kita melakukan kemaksiatan buat pertama kali, maka satu titik hitam akan hadir di hati ini. Maka seharusnya tika itu jauh lebih mudah untuk kita lembutkan hati semula untuk pulang mencari maghfirah Ilahi. Namun andai kita biarkan diri kita terus terperangkap dengan RANTAIAN KEAIBAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA, maka hati itu akan bertambah hitam dan keras jua dalam masa yang sama benih kemaksiatan akan menjadi semakin subur menguasai hati kita. Tika itu, amatlah sukar untuk kita melembutkan hati untuk kembali kepada Allah kerana sudah tertipu dengan kelazatan nafsu dan kemaksiatan yang menjanjikan azab yang pedih di alam akhirat kelak nanti. Harapnya dengan bingkisan kata-kata ini, kita akan memperoleh manfaat untuk menjadi jauh lebih kuat dan teguh demi mengeluarkan diri dari rantaian keaiban yang menyelubungi diri dengan segera agar kita tidak terus HANYUT DAN TENGGELAM DALAM KEMAKSIATAN yang akhirnya dikhuatiri melepaskan nafaz terakhir tanpa sempat bertaubat.

       Renungkanlah wahai diriku ini jua kepada sahabat-sahabatku semua. Mengapa kita tidak sanggup bersusah payah hanya untuk jangka masa hidup yang sementara di dunia ini untuk meraih keindahan yang hakiki di akhirat kelak nanti. Maka pilihlah antara keseronokan sementara di dunia yang berakhir dengan kesengsaraan yang abadi di akhirat nanti atau menderita bermujahadah melawan hawa nafsu di alam sementara ini demi mendambakan keindahan yang hakiki di akhirat kelak nanti. KELUARKANLAH SEGERA DIRI INI DARI TERPERANGKAP DALAM RANTAIAN KEAIBAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA SELAMANYA!!! Usahlah merasakan penyesalan yang tiada penghujungnya tika di akhirat kelak nanti andainya kita menghela nafas terakhir tanpa sempat meraih maghfirah jua redha Ilahi. Nauzubillahi min zalik...Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku ini selama aku diberi kesempatan untuk melaksanakan tugasku sebagai abdi dan dai'e di alam yang fana' ini!!! Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Monday, October 18, 2010

Andai Ku Di SisiMu By Hafiz Hamidun

PadaMu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu..

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

Masihku di sini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu..

Titik Mula By Hafiz Hamidun


BAWAKAN... PADAKU PAYUNGAN KASIHMU
JADI REDUPAN GEMAWAN
DI SAAT MENTARI DERITA
MENGUJIKU...

SETIAP KALI AKU
MENCUBA MENGHADAPI
MENGAPA HATI INI
RAPUH BERDERAI

DOSA-DOSA SILAM ITU
YANG MEMBELENGGU
MENGGONCANG LANGKAH KAKI
UNTUK BERUBAH

PADAMU... KU SANDAR HARAPAN TERBENTANG
AGAR JIWAKU KAN SENTOSA
BIARPUN TERPAKSA KU REMPUH
RANJAU LUKA

TOLONGLAH INSAN INI
MENCARI KEHIDUPAN
MEMBUANG KISAH LAMA
HITAM BERNODA

ADAKALA KEBUNTUAN
SEAKAN MENGUNCIKU
KU CARI KHALIMAHMU
DALAM NAFASKU

OH....
INIKAH TITIK MULA
DALAM MENCIPTA HIJRAH

Bingkisan Indah Demi Menyingkap Luasnya Erti Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur alhamdulillah yang tiada taranya atas kekuatan yang dikurniakan Ilahi kerana dengan kurniaanNya, pada saat ini, ana telah berjaya mencipta langkah baru dengan melaksanakan sebuah blog. Harapnya dengan medium yang luas pada blog ini, ana dapat menghadirkan bingkisan indah bagi para musafir cinta yang tiada putusnya dalam mencari erti cinta yang sebenarnya di alam fana' ini. Ana harapkan agar dengan hadirnya blog ini, ana bisa meneruskan perjuangan sunnah rasulullah yakni berdakwah dalam menyampaikan yang hak jua mencegah kemungkaran. Semoga manfaat dan hasanah yang hadir dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama-sama demi menggapai redha Ilahi yang disulami kecintaan sepenuhnya kepadaNya. Luangkanlah waktu kita seketika untuk membaca tulisan-tulisan yang mengandungi ilmu yang dapat menjadi penawar bagi hati jua pembuka fikiran dalam mengenal erti dan jua matlamat kehidupan yang sebenarnya. Tumpukanlah hati jua fikiranmu terhadap dua elemen yang utama iaitu ILMU dan IBADAH. Doakanlah diri ini agar bisa thabit dan istiqamah dalam berdakwah demi menyelamatkan umat akhir zaman ini dari terus ditipu durjananya nafsu, khalayan dunia dan jua syaitan laknatullah. Ingatlah, sesungguhnya kematian itu sentiasa menghampiri diri ini yang sentiasa alpa dalam berzikir mengingatiNya. Ana harapkan agar dimaafkan atas segala salah dan khilaf ana selama menghadirkan bingkisan kata di blog ini. Semoga syurga firdausi menjadi tempat tinggalku di akhirat kelak nanti insyaAllah. Amin Ya Rabbal 'Alamin...