Monday, October 18, 2010

Bingkisan Indah Demi Menyingkap Luasnya Erti Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur alhamdulillah yang tiada taranya atas kekuatan yang dikurniakan Ilahi kerana dengan kurniaanNya, pada saat ini, ana telah berjaya mencipta langkah baru dengan melaksanakan sebuah blog. Harapnya dengan medium yang luas pada blog ini, ana dapat menghadirkan bingkisan indah bagi para musafir cinta yang tiada putusnya dalam mencari erti cinta yang sebenarnya di alam fana' ini. Ana harapkan agar dengan hadirnya blog ini, ana bisa meneruskan perjuangan sunnah rasulullah yakni berdakwah dalam menyampaikan yang hak jua mencegah kemungkaran. Semoga manfaat dan hasanah yang hadir dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama-sama demi menggapai redha Ilahi yang disulami kecintaan sepenuhnya kepadaNya. Luangkanlah waktu kita seketika untuk membaca tulisan-tulisan yang mengandungi ilmu yang dapat menjadi penawar bagi hati jua pembuka fikiran dalam mengenal erti dan jua matlamat kehidupan yang sebenarnya. Tumpukanlah hati jua fikiranmu terhadap dua elemen yang utama iaitu ILMU dan IBADAH. Doakanlah diri ini agar bisa thabit dan istiqamah dalam berdakwah demi menyelamatkan umat akhir zaman ini dari terus ditipu durjananya nafsu, khalayan dunia dan jua syaitan laknatullah. Ingatlah, sesungguhnya kematian itu sentiasa menghampiri diri ini yang sentiasa alpa dalam berzikir mengingatiNya. Ana harapkan agar dimaafkan atas segala salah dan khilaf ana selama menghadirkan bingkisan kata di blog ini. Semoga syurga firdausi menjadi tempat tinggalku di akhirat kelak nanti insyaAllah. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment